Challenge Cup: Hampir kecundang, rezeki tetap milik JDT II

Skuad Johor Darul Ta’zim II dinobatkan sebagai juara bagi edisi ke2, Challenge Cup musim 2019 selepas menewaskan UKM FC menerusi sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan diikat 1-1 secara aggregate.

JDT II yang berkelebihan gol pada aksi Akhir pertama minggu lalu tampak cemas selepas UKM FC berjaya peroleh gol untuk mengikat kedudukan menerusi Marteo Roskam.

Image

Kedua-dua pasukan bertali arus menyerang namun kedudukan 1-0 UKM tamat dengan keputusan 1-1 secara aggregate selepas masa penuh 120 berakhir sebelum diputuskan sepakan penalti.

Debaran sepakan penalti menyaksikan, UKM hampir memperoleh kemenangan awal apabila Nicolas gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk sepakan pertama JDT. Namun sepakan ke-5 UKM, gagal disempurnakan selepas Haziq Nadzli berjaya menepis keluar.

Image
Ghaddar masuk sebagai pemain gantian. Foto MFL

Ternyata rezeki milik JDT II, apabila 2 sepakan terakhir berjaya diselamatkan penjaga gol Haziq Nadzli sekali lagi sebelum Fadhli Shas meletakkan kemenangan buat JDT II dengan penentuan penalti 6-5.

Dalam pada itu, Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja mengucapkan tahniah buat pasukan JDT II atas kejayaan ini sekaligus merupakan kejuaraan ke-6 musim 2019 membabitkan skuad senior sehingga ke akademi.