Challenge Cup: Sarawak iringi JDT II ke Separuh Akhir

Sarawak mengiringi JDT II ke Separuh Akhir, Piala Cabaran 2019 selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan sekaligus menyingkirkan Kelantan dalam kumpulan A.

Kelantan yang sebelum ini tewas 3-1 di Pasir Gudang mengharapkan JDT II turut mencipta kemenangan ke atas Sarawak di perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Sarawak layak selepas perolehi 4 mata berbanding Kelantan 3 mata untuk bertemu UKM FC di Separuh Akhir manakala JDT II akan bertemu penyandang juara, Terengganu FC II.

Di kumpulan B, pasukan yang layak adalah UKM FC dan Terengganu FC II setelah menyingkirkan pasukan Selangor United dan pasukan Liga Super, Kuala Lumpur.