Covid-19: Euro 2020 ditangguh ke 2021

Image result for euro 2020

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan Kejohanan Eropah 2020 (Euro 2020) bagi mengekang penyebaran wabak coronavirus dengan liga di sekitar Eropah berharap saingan mereka dapat disudahkan.

Kejohanan musim panas itu ditangguhkan ke musim panas tahun depan selepas coronavirus berterusan ‘menghuru-harakan’ kalendar bola sepak dunia.

UEFA mengadakan mesyuarat hari ini dengan kejohanan antarabangsa itu menjadi antara topik utama yang dibincangkan. Saingan domestik di sekitar Eropah ketika ini ditangguhkan dan mereka berdepan kekangan masa untuk menamatkan musim sedia ada.

Menurut Persatuan Bolasepak (FA) Norway, UEFA dikatakan bersetuju untuk menangguhkan pertandingan itu dan tarikh baharu sudah ditetapkan. Kenyataan FA Norway menyebut ‘UEFA memutuskan Euro 2020 ditangguhkan ke 2021.

“Aksi akan berlangsung pada 11 Jun sehingga 11 Julai tahun hadapan. Maklumat lanjut menyusul.” -Agensi

Image result for euro 2020