Covid-19: Kelab-kelab Perancis bakal bankrap

Separuh daripada kelab bola sepak profesional Perancis berdepan risiko bankrap akibat krisis COVID-19. Bernard Caiazzo, presiden kumpulan yang mewakili kelab-kelab di Ligue 1, berkata saingan musim ini tidak akan disambung sehingga 15 Jun paling awal.

“Tanpa bantuan kerajaan, dalam tempoh enam bulan, separuh daripada kelab-kelab profesional akan memfailkan kebankrapan. Lima kejohanan utama Eropah sudahpun kerugian empat bilion euro (RM18.8 bilion) sementara kejohanan Perancis antara 500 ke 600 juta euro (RM2.8 juta),” kata Caiazzo.

Musim bola sepak Perancis diberhentikan pada 13 Mac lalu susulan pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa di seluruh dunia.

“Kami mungkin tidak dapat beraksi sehingga krisis ini reda. Katakanlah kekal pada Julai-Ogos, pilihan terbaik memulakannya semula adalah pada 15 Jun ini. Ia selepas mengambil kira semua perbelanjaan untuk menamatkan kejuaraan ini,” katanya. – AFP