EPL: Chelsea berjaya cipta kemenangan pertama

Chelsea akhirnya berjaya membuktikan kemampuan mereka untuk mencipta kemenangan setelah menewaskan Norwich City 3-2 di tempat lawan.

Meskipun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan di setiap gol pendahuluan, ternyata skuad bimbingan Frank Lampard sentiasa bekerja keras untuk memburu kemenangan.

Tammy Abraham yang kembali diturunkan dalam kesebelasan utama selepas diketepikan perlawanan sebelum ini berjaya meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-3 umpanan cantik dari César Azpilicueta.

Tiga minit berselang, Norwich menyamakan kedudukan 1-1 melalui gerakan cantik Teemu Pukki dan Todd Cantwell menyudahkan gol di celah-celah pertahanan Chelsea pada minit 6.

Chelsea kembali di depan melalui rembatan cantik Mason Mount pada minit 17 untuk kedudukan 1-2. Lorongan yang kemas oleh Emiliano Buendía kepada Teemu Pukki berjaya menghasilkan jaringan penyamaan pada minit 30 untuk keputusan 2-2 pada babak pertama.

Separuh masa kedua, Chelsea memastikan kemenangan yang sangat diharapkan apabila Tammy Abraham sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk meledak gol menewaskan Tim Krul. Keputusan penuh Norwich 2-3 Chelsea.

Saksikan highlights penuh di Stadium Astro: