EPL: Chelsea kalah dengan Manchester United

Permulaan yang baik bagi Pengurus baharu Chelsea, Frank Lampard nampaknya tidak kesampaian apabila kalah besar kepada Manchester United dengan jaringan 4 gol tanpa balas.

Chelsea memiliki lebih banyak percubaan gol tetapi mereka gagal mengatasi ketangkasan David De Gea, dan ada percubaan mereka yang terkena tiang gol. Chelsea kemudian tersentak dengan gol pertama United menerusi sepakan penalti oleh Marcus Rashford di babak pertama.

Bersambung babak kedua, United menambah 3 lagi gol menerusi Martial, Rashford dan ‘debutant’ Daniel James.

Ole Gunnar Solskjaer memberikan debut kepada Aaron Wan-Bissaka dan Harry Maguire. Solskjaer kagum dengan kemampuan kedua-dua pemain itu berintegrasi dengan pasukan dengan cepat sekali, terutama sekali Maguire.

Saksikan highlight penuh disini

Berikut keputusan penuh perlawanan untuk aksi pertama EPL 2019/2020