EPL: Chelsea kecewa dengan kebangkitan Sheffield United

Meskipun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, bagaimanapun kedudukan itu tergugat dengan kebangkitan Sheffield United untuk menyamakan kedudukan 2-2 sekaligus mengutip 1 mata.

Dua gol yang diperolehi Chelsea adalah menerusi Tammy Abraham pada minit 19 dan 43 sebelum kebangkitan Sheffield United merapatkan jurang pada minit 46 menerusi Robinson.

Gol sendiri Zouma pada minit terakhir perlawanan telah merobek hati Pengurus pasukan Frank Lampard sekaligus 3 mata dalam genggaman lebur selepas diikat 2-2 yang hanya tinggal berbaki 1-2 minit wisel penamat.

Ianya terhasil menerusi rembatan deras Robinson yang pintu dan perebutan berlaku menyebabkan Zouma tertampan ke gawang sendiri. Keputusan penuh perlawanan Chelsea 2 Sheffield 2.

Ikuti Highlight penuh di stadiumasto.com