EPL: Jaringan Martial tak cukup untuk beri United 3 mata

Jaringan Martial tak cukup untuk beri Manchester United 3 mata selepas sekadar seri dengan Wolves 1-1 di tempat lawan, awal pagi tadi. Gol Martial terhasil pada minit 26 selepas menerima hantaran kemas dari Rashford, dan gol tersebut merupakan jaringan ke-50nya untuk kelab dalam semua kejohanan.

Dalam perlawanan di Stadium Molineux itu, skuad Solskjaer menguasai babak awal permainan. Bermula pada minit 18, Martial hampir menjaringkan gol lebih awal, tetapi tampanannya sedikit tersasar setelah dicabar pertahanan tuan rumah.

Masuk babak kedua, pasukan tuan rumah hampir menyamakan kedudukan menerusi Raul Jimenez pada minit 55, namun tandukannya sedikit tersasar lalu terkena tiang gol sebelah kiri.

Gol penyamaan terhasil juga selang seminit, apabila Ruben Neves melepaskan rembatan padu menewaskan De Gea. Cantik betul hantaran lintang yang dibuat oleh Moutinho ke tengah tanpa ada seorang pemain United cuba menyekat.

Lingard mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disempurnakan dengan baik termasuk gagal menampan bola dengan kemas.

Pogba terlepas peluang memberikan kemenangan kedua berturut-turut United dalam aksi tersebut apabila sepakannya berjaya ditepis keluar penjaga gol Wolves, Rui Patricio pada minit ke-67.

Jaringan itu disahkan VAR selepas pemain United mendakwa Joao Moutinho terlebih dahulu offsaid sebelum jaringan penyamaan Wolves itu.

Bagaimanapun, United berpeluang menambah gol selepas pengadil memberikan sepakan penalti selepas Pogba dijatuhkan.

Kegagalan itu yang keempat buat Pogba sejak permulaan musim lalu. Bintang Perancis itu memberitahu Rashford dia mahu mengambil sepakan walaupun rakan sepasukannya itu menjaringkan penalti ketika menewaskan Chelsea minggu lalu.

Patricio menyelamatkan sepakan penalti Pogba untuk menafikan jaringan United. Foto AFP

Mengenai kegagalan itu, Pengurus United, Gunnar Solskjaer enggan menyalahkan Paul Pogba yang gagal menyempurnakan penalti selepas dia mengambil tugas itu daripada Marcus Rashford ketika menentang Wolves dalam perlawanan berkesudahan seri 1-1 di tempat lawan, awal pagi tadi.

Solskjaer berkata, Pogba dan Rashford di antara pemain yang diberi tugas mengambil sepakan penalti.

“Kedua-duanya memang diberi tugas itu dan terpulang kepada mereka menentukan siapa lebih berhak menyempurnakannya,” katanya

“Ada kalanya pemain berasa sangat yakin menjaringkan gol. Paul sudah banyak menjaringkan penalti tetapi hari ini bukan hari dia dan Rui Patricio cemerlang menghampakan kami.

Ikuti Highlights dari Stadium Astro