EPL: Liverpool menang, United Kalah

Perlawanan tumpuan minggu menyaksikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan 16 mata mengatasi Manchester City di tangga kedua.

Ianya selepas Liverpool berjaya mengetepikan tentangan sengit dari Manchester United di Anfield dengan kemenangan selesa 2-0. Menyaksikan perlawanan ke-23, Manchester United merupakan satu-satu pasukan yang berjaya menyekat kemenangan Liverpool pada aksi pertama.

Klopp telah menurunkan kesebelasan utama tanpa toleh kebelakang selepas meninggalkan jauh pesaingnya disamping pasukan lain mengharapkan keajaiban Ole Gunnar Solskjaer untuk meleburkan rekod tanpa kalah musim ini.

Liverpool terlebih awal mendahului menerusi tandukan Virgil Van Dijk pada minit 14 selepas sepakan sudut sebelah kiri. Ianya memperlihatkan skuad bimbingan Klopp mendominasi separuh masa akibat dari kelonggaran pertahanan The Red Devil.

Firmino berjaya meletakkan kedudukan selesa 2-0 pada minit 23 namun gol tersebut dibatalkan selepas pengadil meneliti VAR terdapat kekasaran yang dilakukan oleh Van Dijk.

Peluang Manchester United menyamakan kedudukan terhidang namun digagalkan apabila Andreas Pereira sedikit sahaja terlepas untuk menyepak masuk ke gawang Liverpool.

Separuh masa kedua, Manchester United mempunyai peluang menerusi Martial, namun rembatannya hanya melepasi palang dan gagal menyudahkan jaringan.

Minit terakhir perlawanan dan dalam masa Manchester United terus memburu gol penyamaan dengan hampir semua pemain berada di kawasan lawan, Alisson bertindak bijak menghantar bola jauh kepada Mo Salah.

Salah yang berada di garisan tengah sudah tentunya beliau tidak ofsaid, terus meluru ke arah David de Gea.

Salah yang semenangnya berkemahiran secara berseorangan berjaya juga meloloskan diri dan menewaskan Dea Gea untuk meraikan kemenangan lebih selesa 2-0 di laman sendiri.

Kemenangan ini membuktikan Liverpool masih kebal dengan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan dan menjadi satu-satu pasukan musim 2019/2020 meledak gol dalam setiap perlawanan.

Berkelebihan 16 mata di hadapan dan masih berbaki 1 perlawanan di antara yang lain, menjadikan mereka semakin hampir untuk mengakhiri penantian 30 tahun kejuaraan liga.