EPL: Liverpool tak mampu tewaskan United

Liverpool hampir dikejutkan dengan kekalahan dari pasukan di tangga ke-12 liga, Manchester United apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada berbaki 5 minit permainan.

Keputusan tersebut meleburkan rekod kemenangan berturut dalam 8 perlawanan sejak perlawanan pertama, tetapi bagaimanapun terus mengekalkan rekod tanpa kalah buat Liverpool untuk terus gah sebagai pendahulu dengan 8 kemenangan dengan 1 seri.

Gol United dijaringkan oleh Marcus Rashford pada minit 36 hasil umpanan cantik dari Daniel James untuk United mendahului 1-0 dan kekal sehingga tamat separuh masa. Meskipun gol itu dipertikaikan oleh Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dimana pengadil perlawanan meneruskan permainan sedang dilihat Victor Lindelof telah mengasari Divock Origi.

United yang dilihat beraksi penuh konsisten dengan aksi lebih berhati-hati pada babak pertama, terus ditekan Liverpool untuk memburu gol penyamaan.

Berbaki 5 minit, kemasukkan Adam Lallana pada minit 71 menggantikan Kapten pasukan, Jordan Henderson ternyata menyakitkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjae untuk mengutip 3 mata.