EPL: Manchester United terpaksa mengalah di Old Trafford

Manchester United terpaksa mengalah dengan kekalahan selepas tewas mengejut dengan Crystal Palace, 1-2 di Old Trafford. Skuad The Red Devil cuba bangkit pada akhir-akhir perlawanan, namun sudah ditakdirkan kekalahan maka United terpaksa mengalah.

United dikejutkan dengan gol pendahului Crystal Palace pada minit 32 menerusi Jordan Ayew yang melaksanakan counter attack dengan baik menewaskan De Gea. Kedudukan 1-0 kekal untuk separuh masa.

Babak kedua menyaksikan Manchester United berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, namun Marcos Rashford gagal meletakkan bola ke jaring apabila bola tersebut terkena tiang dan menantun keluar.

Daniel James berjaya menyamakan kedudukan untuk United pada minit ke 88, apabila Antonny Martial melorongkan bola dengan baik dan dengan kemas James membuat tindakan susulan untuk menggegarkan jaring lawan.

Atas kertas 1 mata dalam tangan, namun pada masa kecederaan dan akibat counter attack sekali lagi telah menghukum United dengan Patrick van Aanholt menjadi hero buat Crystal Palace dengan menolak masuk bola sambil ditampan De Gea ke gawang pada minit 90 +3′.

Ikuti Highlights yang disediakan oleh Stadium Astro