EPL: United, Chelsea layak ke Liga Juara-Juara

PEMAIN Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada aksi menentang Leicester City. - Foto AFP
PEMAIN Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada aksi menentang Leicester City. – Foto AFP


Manchester United dan Chelsea mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas meraih kemenangan pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Jaringan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard pada minit ke-71 dan masa kecederaan sudah cukup buat United meraih kemenangan 2-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power. Keputusan itu menyaksikan Leicester City terlepas peluang untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara daripada United dan perlu beraksi di saingan Liga Europa.

Mason Mount dan Olivier Giroud pula muncul wira Chelsea apabila jaringan mereka berjaya membantu skuad kendalian Frank Lampard itu menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 di Stamford Bridge. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan keempat, berkongsi 66 mata bersama United di tangga ketiga.

PEMAIN Liverpool ceria selepas menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United. - Foto AFP
PEMAIN Liverpool ceria selepas menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United. – Foto AFP


Juara liga, Liverpool turut menamatkan musim ini dengan kemenangan selepas menundukkan Newcastle United 3-1 dan mengumpul 99 mata keseluruhan.

Sementara itu, Bournemouth, Watford dan Norwich City tersingkir daripada Liga Perdana musim depan selepas menghuni tiga kedudukan terbawah. – AGENSI

Image