Farizal ‘makan gaji buta’. Apa sebenarnya berlaku?

Majoriti penyokong JDT menyifatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias diibaratkan makan gaji buta ketika aksi JDT bertemu Kedah kelmarin. Ini kerana, Farizal dilihat tidak menerima cabaran dari serangan pasukan pelawat kecuali hantaran ke belakang (back past) oleh pemain pertahanan.

JDT yang berjaya menewaskan Kedah 2-0 hasil jaringan Leandro dan Safawi. Farizal yang diturunkan beraksi sebagai penjaga gol hanya dicabar pada babak pertama, namun tidak seaktif di separuh masa kedua.

Keadaan itu bertambah sukar buat pelawat untuk membuat serangan ke kubu Farizal apabila pemain Kedah, Rizal Ghazali diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning ke-2 dari pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin.

Melihat diruangan komen di laman sosial rasmi JOHOR Southern Tigers, rata-rata penyokong menggelarkan Farizal sebagai ‘makan gaji buta’ kerana tidak digugat langsung sepanjang berada di atas padang.

Ada juga komen-komen berbentuk seperti ‘tak function la Farizal malam ni, makan ketupat dah ke?’, ‘Farizal pergi mana?, tak nampak pun dia’, dan ‘Oklah Kedah main 10 orang, JDT pun main 10 orang sbb Farizal takde’,.

Apapun pandangan dan komen penyokong, beberapa kesimpulan positif yang boleh diberikan antaranya konsistensi pemain JDT yang ditunjukkan pada malam tersebut, disamping kerjasama antara barisan pertahanan dan pemain tengah.

JDT kini mengungguli carta liga super dengan 39 mata dihadapan Pahang dengan 26 mata yang kurang 1 perlawanan. JDT dijadual akan bertemu PKNP pada 14 Jun nanti di Stadium Manjoing.