Final AFF Cup: Harimau Malaya bangkit ikat Vietnam

Skuad Harimau Malaya berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mengikat kedudukan 2-2 sebagai bekalan untuk Final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi.

Sedikit kealpaan pertahanan, Vietnam membuka jaringan terlebih dahulu dan menambah derita selepas 3 minit berselang.

Bagaimanapun, Malaysia merapatkan jurang dengan peroleh gol pertama menerusi tandukan Shahrul Saad sebelum wisel penamat separuh masa pertama.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid. Skuad negara sekali lagi hampir menjaringkan gol diminit akhir perlawanan namun sepakan percuma Shafiq Ahmad berjaya ditepis keluar.

Final kedua Malaysia akan berkunjung ke Hanoi pada 15 Disember 2018, dengan misi wajib menang atau seri dengan jaringan 3-3.