Final AFF Cup: Kebanggaan buat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya harus diberi pujian meskipun tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 dengan aggreget 2-3.

Hadir bukanlah sebagai pasukan pilihan, namun skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mampu menyingkirkan Juara bertahan Thailand di Separuh Akhir dan berjaya bangkit ketinggalan 2 jaringan awal pasukan lawan.

Imbas kembali pada final pertama Malaysia berjaya bangkit menyamakan kedudukan 2-2 selepas Vietnam meledak 2 gol pantas seawal minit separuh masa pertama.

Bagi aksi final kedua, Malaysia sedikit cuai pada babak awal sehingga boleh memberikan ruang buat pasukan Vietnam untuk mencipta jaringan.

Meskipun tewas secara aggreget tipis 2-3, pujian juga harus diberikan kerana tentangan hebat skuad negara berdepan pasukan di ranking ke 100 dunia.

Tahniah buat skuad Harimau Malaya, tahniah buat pasukan kejurulatihan, dan para penyokong yang hadir memberi sokongan tak kira di stadium mahupun dimana jua.

Kekalkan semangat juang, kekalkan momentum dan kekalkan prestasi ini untuk kejohanan yang akan datang. Tahniah Vietnam kerana julang Juara Piala Suzuki AFF 2018.