Handball Syahmi dan Suarez buat Milovan Rajevac!

Sepertimana yang kita ketahui, Malaysia telah pun layak ke Final Piala AFF Suzuki 2018 selepas berjaya menewaskan Thailand menerusi penentuan gol tempat lawan dengan keputusan penuh 2-2 (agg 2-2).

Image result for milovan rajevac ghana

Apa yang ingin diperkatakan adalah Head Coach Thailand, Milovan Rajevac terpaksa menerima hakikat bahawa tragedi yang dialaminya ketika membimbing skuad Ghana pada kejohanan Piala Dunia 2010 berulang pada pertemuan separuh akhir Piala AFF 2018. baca juga perkongsian oleh Fox Sport – Sumpahan penalti Milovan Rajevac.

Aksi Ghana – Uruguay (Piala Dunia 2010)

Bagi peminat bolasepak, pasti ingat memori silam Luiz Suarez yang bertindak menjadi ‘penjaga gol’ untuk menghalang jaringan Ghana di minit-minit akhir extra time pada aksi suku Akhir Piala Dunia 2010.

Milovan Rajevic ketika membimbing skuad Piala Dunia Ghana pada tahun 2010. Sumber foto: google.

Dalam aksi itu, Suarez dilayangkan kad merah dan sepakan penalti diberikan kepada Ghana. Apa yang ingin disampaikan, sepakan penalti oleh Asamoah Gyan gagal disudahkan dengan bola hanya mengenai palang gol.

Perlawanan tersebut berkesudahan 1-1 selepas extra time dan penentuan sepakan penalti memihak kepada Uruguay 4-2.

Aksi Thailand – Malaysia (Piala AFF Suzuki 2018)

Bagi aksi Thailand – Malaysia, Perlawanan pertama berkesudahan 0-0 di Stadium Bukit Jalil, sebelum ke Bangkok untuk aksi kedua. Lebih mengejutkan skuad negara berjaya mencipta gol ditempat lawan dan berjaya meletakkan kedudukan 2-2.

Image result for milovan rajevac thailand

Namun pada minit-minit terakhir perlawanan, Thailand dihadiahkan sepakan penalti selepas bola tandukan Adisak terkena tangan Syahmi Safari. Tindakan tersebut telah menyebabkan Syahmi dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang.

Thailand boleh dikatakan menepati ramalan untuk layak ke Final dengan status Juara bertahan. Apa yang kebetulannya, sepakan diambil oleh Adisak laju mengenai palang gol untuk mengesahkan Malaysia ke Final Piala AFF Suzuki 2018

Apakah ini suratan atau kebetulan buat Head Coach Thailand, Milovan Rajevac? Keadaannya dan situasinya sama. Begitu juga sepakan penalti juga mengenai palang. Apapun kita mengharapkan skuad negara buat yang terbaik untuk menjuarai kejohanan dan tidak berakhir sepertimana dialami Uruguay.

Good Luck Malaysia, Selamat berjuang Harimau Malaya.