Hazwan buat 78 penampilan bantu JDT menang 7 piala

Berdasarkan statistik yang dikumpulkan oleh pihak kami ditambah dengan perkongsian dari laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, ternyata penampilan yang dibuat oleh Ahmad Hazwan Bakri, antara penyumbang kejuaraan JDT yang dikecapi.

Hazwan memiliki rekod 4,297 minit sepanjang tiga musim di JDT dengan 31 penampilan pada tahun 2017 berjaya meledak 7 jaringan gol dan 5 ‘assists’; diikuti tahun 2018 dengan 38 penampilan, berjaya mencipta 4 jaringan gol, 6 ‘assist’; 2019: 8 penampilan, 1 ‘assist’. Secara keseluruhan, Hazwan telah membuat penampilan dalam 78 perlawanan untuk JDT.

Image result for hazwan bakri jdt
Hazwan Bakri ketika beraksi di pentas AFC Cup. Foto JST

Hazwan telah memenangi tujuh trofi – 3 kejuaraan Liga Super Malaysia, 1 Piala Malaysia, 2 Piala Sumbangsih dan 1 Challenge Cup – dan mendapat pendedahan berharga di pentas Asia kerana beliau telah bermain dalam 12 perlawanan Piala AFC dan 4 perlawanan peringkat kelayakan dan kumpulan Liga Juara-Juara AFC.

Laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers mengeluarkan fakta dan statistik bagi menjawab sindiran beberapa akaun laman media sosial yang melaporkan JDT antara penyebab Hazwan Bakri tidak mampu lagi meneruskan kerjayanya dalam peringkat tertinggi.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, teks
Statistik yang dikeluarkan oleh JST

Ianya sangat jelas dan beranggapan ini sebagai pandangan yang tidak adil terhadap JDT dan berniat buruk untuk mencemarkan imej kelab.

Akhir sekali, Hazwan mungkin juga seorang jutawan yang tidak perlu bimbang tentang gaji yang tidak dibayar seperti di beberapa kelab Malaysia lain kerana kebajikan pemain JDT diletakkan sebagai keutamaan.

antara komen pedas JOHOR Southern Tigers kepada laman tersebut.
Dua gol dijaringkan Hazwan ketika membenam Pahang pada saingan Liga Super 2017.