I’m with you all the way, Hariss

Menjelang pertemuan antarabangsa antara Malaysia dan Singapura di Kejohanan Sulung jemputan 4 penjuru, Kapten Singapura, Hariss Harun menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Media Astro Arena berhubung kekuatan dan kelemahan Skuad Harimau Malaya berada dalam koceknya.

Perkara itu disangkal Hariss yang juga Kapten pasukan JDT menerusi laman instagram rasmi beliau.

View this post on Instagram

Tomorrow we will be playing a big match against Malaysia. With regards, to a recent post by @astroarenahd , I would like the point out that I did not say we have the strengths and weaknesses of the malaysian team in our pockets. What I meant and say was, that we know their strengths and weaknesses but it will come down to who is more determine and hungry to win. I feel that my comments have been exaggerated and it is very disrepectful to me and my team. Yes, its a big game because of the rivalry but we have a huge respect for the Malaysian team for what they achieve in last year’s Suzuki cup. I would not in any way have said anything to condemn them. It will be a big challenge for us and we hope that it will be a good game tomorrow and may the best team win. //Esok kami akan menentang pasukan Malaysia, pasukan yang amat kami hormati. Berkenaan dengan post yang dimuat naikkan oleh @astroarenahd ini, ingin saya menekankan bahawa Saya tidak mengatakan yang kami mempunyai informasi mengenai pasukan Malaysia di dalam poket kami. Apa yang saya katakan adalah kami akur tentang kekuatan dan kelemahan setiap pasukan dan semestinya ia bergantung kepada pasukan yang lebih dahagakan kejayaan untuk memenangi perlawanan ini. Komen saya telah disampaikan dengan maksud yang amat berbeza sekali dan ianya adalah suatu perkara yang menyedihkan buat saya dan pasukan saya. Semestinya ia adalah suatu perlawanan yang hebat dan kami amat menghormati pasukan Malaysia berikutan dengan kejayaan mereka pada Piala Suzuki tahun lepas. Perlawanan esok adalah suatu perlawanan yang mencabar dan kami harap satu perlawanan yang baik. 🙏🏾💪🏾👍🏾🇸🇬🇲🇾

A post shared by Hariss Harun (@hariss14) on

Menurut Hariss, beliau mengatakan yang pasukannya akur tentang kekuatan dan kelemahan setiap pasukan dan semestinya ia bergantung kepada pasukan yang lebih dahagakan kejayaan untuk memenangi perlawanan.

“Saya menekankan bahawa Saya tidak mengatakan yang kami mempunyai informasi mengenai pasukan Malaysia di dalam poket kami.

“Komen saya telah disampaikan dengan maksud yang amat berbeza sekali dan ianya adalah suatu perkara yang menyedihkan buat saya dan pasukan saya.

Turut bersama mempertahankan kenyataan tersebut, Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang menyifatkan wartawan media masa kini suka memutar belit kenyataan. Itu adalah ‘standart’ wartawan masa kini.