JDT bakal bertemu Juara Bertahan ACL 2018

Juara bertahan, Kashima Antlers tidak berdepan masalah untuk mengenepikan Newcastle Jet pada aksi kelayakan AFC Champions League 2019 sebentar tadi.

Kashima Antlers mudah menyingkirkan Newcastle Jet dengan jaringan 4-1 di laman sendiri sekaligus melengkapkan kumpulan E, ACL 2019 yang bakal diharungi pasukan JDT yang akan bermula Mac 2019.

Kejayaan JDT untuk berada di kelompok pasukan terbaik Asia harus diberi pujian setelah merangkul kejuaraan kelima berturut-turut dan juga penyumbang mata bagi MA Ranking AFC bagi melayakkan Malaysia berada pada kedudukan 6 negara terbaik bagi Zon Asia Timur.

Gyeongnam FC, Shandong Luneng dan Kashima Antlers merupakan pasukan sinomin dan pasukan gergasi asia yang sudah biasa mengharungi kejohanan tertinggi itu. Apapun selamat berjaya diucapkan buat kelab kerdil, Johor Darul Ta’zim