JDT benam Selangor untuk duduki persada liga

Hasrat Red Giant untuk menghilangkan taring Harimau Selatan tidak kesampaian apabila kecundang di laman sendiri dengan jaringan 2-4. JDT yang turun dengan barisan pemain sedia ada tidak mudah mengalah untuk memberi tentang sengit buat Selangor.

JDT mula garang untuk meledak 2 gol pantas seawal 15 minit pertama. Leandro Velazquez membuka tirai jaringan pada minit ke7 selepas menerima hantaran lintang Diogo Luis untuk menolak ke gawang Selangor.

Pada minit ke 14, giliran Diogo mencipta jaringan buat JDT selepas rembatan Leandro gagal ditahan kemas penjaga gol memboleh Diogo menyambut sentuhan ke gol tuan rumah.

Selangor cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan dengan ledakan padu, Endrick Dos Santos pada minit ke 32 menjadikan kedudukan 1-2. Bagaimanapun ianya tidak bertahan lama, JDT menjarakkan kedudukan menerusi pergerakkan cantik Diogo yang melorongkan bola kepada Cabrera untuk disudahkan dengan cemerlang menjadikan kedudukan semasa 3-1.

Image may contain: one or more people, people playing sports, text and outdoor
Foto: JOHOR Southern Tigers

Berbaki masa kecederaan separuh masa pertama, tandukan Rufino gagal diselamatkan Farizal untuk menamatkan aksi babak pertama dengan kedudukan 2-3.

Masuk separuh masa kedua, JDT dilihatkan memperlahan tempo permainan. Beberapa asakan cuba diusahakan namun tidak berhasil sehinggalah pada minit 68, larian cabrera yang membawa bola ke kotak penalti sebelum melepaskan rembatan ke pintu gol tuan rumah.

Sekali lagi, Khairul Azhan gagal menangkap kemas sebelum Leandro mengambil kesempatan untuk menolak masuk gol keempat JDT. Kedudukan 2-4 bagaimanapun kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu pasti perit bagi Selangor yang kini belum mengecapi sebarang kemenangan dan hanya mengumpul tiga mata selepas lima perlawanan musim ini.

Dan kemenangan JDT menyaksikan skuad Harimau Selatan mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan sebelum berlepas ke Jepun bagi aksi AFC Champions League.

Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers