JDT bijak guna ruang di atas kekurangan klausa

Jika dilihat secara keseluruhan mengenai masalah yg berbangkit berkaitan dgn isu pembelian Akhyar oleh JDT apa yang berlaku diatas kelompangan kontrak pemain yg ditandantangani oleh pemain dan pasukan.

Di dalam bolasepak moden FIFA sgt menghalang apa-apa jenis bentuk penghambaan pemain. Di dalam hal ini, Akhyar sebagai seorang pemain professional dan seorang yang bebas berhak utk memilih pasukan mana yg beliau ingin sertai dan bermain.

Meskipun pemain2 diwajibkan utk mematuhi kontrak, namun begitu ianya tidak menghalang pemain untuk mencari jalan keluar dari kontrak tersebut. Mengikut FIFA REGULATION ON STATUS AND TRANSFER OF PLAYER secara jelas membolehkan mana-mana pihak di dalam kontrak berhak utk menamatkan kontrak dgn lebih awal dengan syarat bayaran baki kontrak perlu dibayar utk melepaskan pemain atau pasukan tersebut drpd tanggungjawab yg dipersetujui di dalam kontrak.

Tindakan FAM memberikan bayaran solidarity contribution/training compensation kepada KFA adalah satu tindakan “baik hati” yg dibuat FAM bagi tujuan untuk menyelesaikan isu ini demi mencapai situasi menang-menang. Berdasarkan kontrak yg ada di Malaysia skrg, pemain dan pasukan boleh menamatkan kontrak sebelah pihak dgn membayar baki kontrak sehingga tamat. Dan tiada apa2 remedi yg boleh diperolehi pasukan lama apabila perkara itu terjadi. Disebabkan itu FAM telah memperkenalkan klausa pelepasan pada tahum 2017 utk membolehkan pasukan baru membayar jumlah yg dinyatakan di dalam klausa tersebut dan seterusnya membuat perbincangan dgn pemain setelah bayaran tersebut dijelaskan sepenuhnya.

Pengiraan gantirugi yg dibuat FAM itu juga adalah lebih banyak drpd jumlah yg sepatutnya diterima oleh KFA (rujuk Artikel Annexe 4 & 5, Regulations on the Status and Transfer of Players). Jumlah gantirugi tersebut juga boleh mengurangkan berlakunya masalah tapping up player yg masih berkontrak. Isu tapping up player ini amat sukar utk dibuktikan bahawa berlakunya perkara tersebut. Oleh itu, FAM mengambil langkah selamat utk memberikan Solidarity compensation/ training compensation kepada KFA drpd keperluan untuk membuktikan wujudnya tapping up player yg dilakukan yg sukar untuk dibuktikan (rujuk kes Gael Kakuta, Chelsea) yang mana Mahkamah Timbang Tara Sukan CAS membebaskan chelsea daripada penggantungan yang dikenakan FIFA akibat melakukan tapping up pemain yg masih di dalam kontrak.

Namun begitu, harus disedarkan bahawa amalan membayar training compensation dan solidarity mechanism ini bukanlah amalan kebiasaan di dalam bolasepak negara. Pengenalan perkara ini oleh FAM menunjukkan FAM sentiasa bergerak ke hadapan utk memajukan bolasepak negara.

Tahukah kita di bawah training compensation/ solidarity mechanism payment ini, setiap pasukan yg membeli pemain perlu membayar kepada pasukan pertama yg pemain tersebut menandatangani kontrak professional sehingga pemain berusia 23 tahun. Menarik utk melihat perkembangan ini kelak di dalam liga Malaysia.

Apa yg tinggal skrg adakah KFA sanggup utk membuat aduan kepada FAM/FIFA/CAS sehingga menyebabkan pemain tersebut digantung?KFA harus mengambil isu ini sbg pengajaran berharga di masa hadapan mengenai cara menguruskan seseorang pemain yg begitu berbakat.

KFA seharusnya meletakkan Klausa Pelepasan terhadap Akhyar lebih awal lagi utk mengelakkan berlakunya masalah ini berlaku. KFA seharusnya meletakkan klausa ini ke dlm kontrak pemain setelah melihat perkembangan pemain tersebut. Ketiadaan klausa ini sbnrnya yg membolehkan berlakunya tapping up pemain di dalam bolasepak. Klausa pelepasan ini telah diperkenalkan FAM sejak tahun 2017 lagi.

KFA sebagai ahli gabungan FAM hendaklah menyelesaikan masalah ini di dalam semangat kekeluargaan bersama FAM demi memastikan pemain tidak menjadi mangsa atas masalah yg berlaku ini.

Selamat maju jaya Akhyar. KFA terus melahirkan pemain bolasepak berbakat negara dan terus berkerjasama bersama FAM utk memastikan wawasan 2030 dicapai demi sukan bolasepak yg kita cintai.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Penulis bernama Zhafri Aminurashid merupakan Peguam Undang-Undang Sukan.