JDT gagal pertahan rekod tanpa kalah

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur dengan kekalahan pertama musim ini di tangan pencabar terdekat Terengganu FC dengan keputusan tewas 0-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Gol tunggal perlawanan hasil jaringan pemain muda, Hakimi Abdullah pada minit 57, dan sudah cukup untuk Terengganu memastikan pungutan tiga mata, sekali gus memintas Kedah Darul Aman FC di tangga kedua dan mengekori rapat JDT.

Kali terakhir Skuad Harimau Selatan tewas adalah pada perlawanan menentang Petaling Jaya City FC dengan jaringan sama 0-1 dalam perlawanan Liga Super di laman sendiri pada 16 Julai 2019.

May be an image of 1 person and playing a sport

Kedua-dua pasukan saling berbalas asakan sepanjang babak pertama tetapi permainan pantas itu gagal disudahkan dengan jaringan. JDT terpaksa mengeluarkan 2 pertahanan kiri dan tengah, iaitu S. Kunanalan dan Mauricio, akibat kecederaan.

Bergson Da Silva terlebih dahulu memberikan ancaman ke kubu TFC apabila beliau mendapat peluang dalam kawasan penalti susulan situasi sepakan penjuru pada minit ke-23 namun gagal menemui sasaran.

Dua minit berselang, Gonzalo Cabrera melakukan gerakan solo dan melepaskan rembatan dari luar kawasan penalti tetapi Suhaimi tidak berdepan masalah untuk menafikan percubaan tersebut.

Rentak sama dipamerkan kedua-dua pasukan dalam babak kedua. JDT terlebih dahulu mengancam kubu Terengganu tetapi sepakan percuma ayam tambatan mereka, Bergson Da Silva, sekadar melewati palang pada minit ke-47.

Hakimi Abdullah muncul wira buat TFC apabila beliau mengambil kesempatan di atas kesilapan pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin sekali gus dengan tenang menolak masuk bola menggunakan ‘outside foot’ untuk memberikan kelebihan buat pasukan pelawat.

May be an image of one or more people, people playing sports and outdoors

JDT memberikan respons dengan asakan bertali arus ke arah gawang Terengganu tetapi pasukan kendalian Benjamin Mora itu buntu untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.

Serangan bertali arus JDT diganggu oleh pemain pelawat yang kerap mengalami kesakitan dan terbaring di padang bagi mendapatkan rawatan. Ianya sedikit sebanyak telah merencatkan rentak permainan.

Kemasukkan Safawi, Ramadhan dan Nazmi masih belum cukup untuk membantu jentera serangan dan menggugat kedudukan penjaga gol yang tangkas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Walaupun tewas, namun JDT masih kekal di tangga teratas dengan 23 mata; kini hanya berkelebihan 2 mata di belakang Terengganu FC yang memintas Kedah Darul Aman FC di tangga kedua dengan masing-masing memungut 21 Mata dan 20 mata.

Lain-lain perlawanan, Penang FC terus meletakkan Sri Pahang dalam delima selepas mencipta kemenangan selesa 3-0, manakala UiTM FC terus ditekan PJ City apabila tewas 0-1 di Shah Alam.

Image Features: JOHOR Southern Tigers