JDT julang Piala Malaysia dengan penuh bersahaja

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berada dalam kelasnya tersendiri apabila menjulang kejuaraan Piala Malaysia bagi musim 2019 sebelum membenam Kedah dengan jaringan 3-0 di perlawanan Akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kejuaraan tersebut melengkapkan 3 piala selepas menjuarai Liga Super untuk enam musim berturut-turut selain menjulang Piala Sumbangsih 2019 dan mengumpulkan 7 piala yang dimenangi JDT termasuk skuad JDT pembangunan.

Imej mungkin mengandungi: teks

Pada pertembungan Akhir dengan kebanjiran penyokong, JDT hampir mencipta gol apabila sepakan percuma Safawi ditanduk kemas Aidil namun hanya mengenai tiang gol sekitar minit 3.

JDT meletakkan kedudukan 1-0 di hadapan selepas Leandro menyudahkannya sebaik menerima hantara Cabrera pada minit 25. Kedah cuba menyamakan kedudukan namun tandukan Baddrol Bakhtiar tersasar pada minit 32.

Image
Foto MFL

JDT menambah gol kedua menerusi sepakan percuma Safawi Rasid pada minit 35 selepas bola sepakannya terkena tiang lalu melepasi garisan gol sebelum dikeluarkan Khairul Helmi. Pengadil Nazmi Nasaruddin mengesahkan jaringan tersebut.

Minit-minit terakhir separuh masa, Syafiq Ahmad hampir meledak gol ketiga namun sepakannya tersasar selepas menerima umpanan cantik Safawi Rasid pada minit 43. Ditambah percubaan Safawi dari jauh berjaya ditepis Ifwat di minit 44.

Masuk babak kedua, Gol terus memburu gol dan akhirnya gerakan cantik bersahaja memberikan ruang Afiq Fazail membuat hantaran ke tengah sebelum Syafiq Ahmad menanduk masuk gol ke gawang Kedah pada minit 57.

Gol ketiga tersebut seakan mengesahkan kejuaraan JDT untuk menjulang Piala Malaysia dengan melihat jurang lebih besar buat Kedah cuba bangkit dengan tiga gol. Meskipun Baddrol Bakhtiar mempunyai peluang menjaringkan gol namun kecekapan penjaga gol Farizal menafikannya.

Image
Foto MFL
Image
Foto MFL

Namun keputusan memihak kepada JDT dengan jaringan selesa 3-0 dihadapan 85,420 penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saksikan highlight penuh: