JDT kini menuju nilai RM1bilion

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja meletakkan sasaran nilai kelab tersebut akan mencecah kepada RM1 bilion menjelang dua tahun akan datang.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan petang semalam di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Tunku Ismail menjelaskan bahawa sasaran itu mampu dicapai dengan mengumpulkan kesemua aset seperti stadium, hartanah dan fasiliti lain yang dimiliki kelab Harimau Selatan itu.

Setakat ini nilai JDT sudah mencecah RM600juta dan dijangka meningkat ke sasaran RM1 Bilion dalam tempoh dua tahun lagi.

Antara aset yang dimiliki JDT pada ketika ini ialah Ibu Pejabat JDT, Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Pusat Latihan Padang Mawar, Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah serta tanah seluas 30 dan 70 ekar bersebelahan Johor Premium Outlets dan Stadium Sultan Ibrahim.

Berikut dikongsikan rangkuman dari Sidang Media TMJ
  • Stadium Sultan Ibrahim akan siap pada 25 Januari 2020.
  • Pusat latihan berkelas dunia akan dibina bersebelahan stadium baru dengan jumlah kos bernilai RM75 Juta.
  • Kesemua pemain JDT dari skuad senior hingga ke peringkat akar umbi akan berlatih dibawah satu bumbung yang dinamakan ‘JDT Compound’.
  • Stadium mini berkapasiti 8-10 ribu akan dibina utk JDTII sehingga JDT U12.
  • DUA buah padang latihan tertutup juga akan dibina.
  • Pusat perubatan (medical centre) berdekatan Padang Seri Gelam (PSG) yg baru akan siap April 2020.
  • Selain Liridon Kraniqi, JDT juga telah berjaya ikat khidmat seorang pemain dari Sepanyol utk JDTII tetapi identiti hanya akan diberitahu pada Januari 2020 sebab kontraknya sehingga 31 Disember 2019.
  • Seorang pemain muda Jepun juga akan bersama pasukan JDTII. Identiti tidak didedahkan. Juga akan diumum pada Januari 2020.
  • JDT sedang berhubung dgn Florent Malouda dan kini dalam proses rundingan dengan FC Zurich untuk menghantar 2 atau 3 pemain muda kesana.
  • JDT juga terima tawaran dari kelab Jepun utk meminjam Akhyar Rashid tetapi masih belum capai keputusan akhir.
  • JDT berpendapat Dion Cools masih muda. Lebih baik untuk teruskan usaha bertanding di peringkat tertinggi utk kelab dan rebut peluang mewakili Belgium.
  • Tetapi sekiranya Dion Cools mahu pulang berbakti di Malaysia, JDT yakin hanya ada satu kelab sahaja yang beliau akan pilih.
  • JDT juga telah kenalpasti DUA pemain kebangsaan utk diserapkan pada musim 2021. Pemain tersebut bermain di posisi Defender & Attacking Midfielder.
  • JDT akan mengumpulkan kesemua aset² kelab dan akan buat penilaian syarikat menerusi EMPAT firma perakaunan terbaik dunia.
  • JDT meletakkan sasaran penilaian buat kesemua aset, nilai komersial, penjenamaan (branding) pada harga RM1 Billion.
  • Ketika ini nilai JDT dianggarkan pada RM600juta dan beri tempoh 2 tahun untuk capai sasaran 1 billion.
  • Marco Materazzi dan beberapa pemain berkelas dunia sedang berunding utk menjadi pemegang saham JDT.
  • JDT akan tawar 20-30% pegangan kelab kepada yg berminat.
Sidang Media bersama Benjamin Mora & Luciano Figueroa
  • Liridon Krasniqi diperkenalkan sebagai pemain TEMPATAN JDT. Proses naturalisasi berada ditahap akhir & dijangka selesai pada hujung Januari 2020.
  • 4 atau 5 perlawanan persahabatan akan diadakan di Dubai tetapi pasukan lawan masih belum muktamad.
  • Pasukan JDT akan berkampung di Dubai selama 15 hari untuk persiapan pra-musim.