JDT kukuhkan kedudukan persada liga Super

JOHOR BAHRU, 14 April – Pemain sayap JDT, Gonzalo Cabrera menggegarkan jaring pasukan pelawat seawal minit ke-14 melalui rembatan leret selepas menerima umpanan dari Nazmi Faiz sebelum berjaya menyusup melepasi benteng pertahanan PKNS FC dalam kotak penalti. JDT hampir menambah gol kedua hasil dari sepakan percuma Hazwan Bakri kepada Safawi Rasid, namun gagal disudahkan dengan sempurna. Keputusan 1-0 kekal untuk separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menambah jaringan. Cabrera sekali lagi menjaringkan gol melalui sepakan percuma pada minit ke-50 dan pada minit ke-66, Cabrera membantu jaringan apabila melorongkan bola kepada Safawi Rasid sebelum melepaskan rembatan lencong menerjah jaring gol PKNS FC. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Image may contain: 2 people, text
Foto: JOHOR Southern Tigers

JDT kini mengumpul 15 mata dihadapan Terengganu dan Pahang yang masing mengutip 11 dan 10 mata. Bagaimanapun, saingan masih terbuka untuk menjadi pencabar sehingga penghujung musim. Bagi saingan liga super, JDT akan bertandang ke Kota Bharu apabila bertemu Kelantan pada 28 April ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.