Terengganu FC sekat kemenangan JDT

Bertandang ke tempat lawan, Johor Darul Ta’zim berjaya kutip 1 mata yang cukup berjaya meskipun hampir pasti 3 mata dalam genggaman. Namun pasukan tuan rumah, Terengganu FC berjaya bangkit menyamakan kedudukan di minit akhir perlawanan.

JDT yang mulakan tindakan serangan bahaya menerusi Syafiq Ahmad selepas menerima lorongan baik namun sepakannya sedikit tersasar ke sebelah kanan tiang gol.

Bagaimanapun, JDT tersentak dengan gol pertama tuan rumah selepas pertahanan gagal menangkis serangan Terengganu FC menyudahkan jaringan untuk mendahului 1-0. Pasukan tuan rumah terus mengasak dan mengasak untuk menjarakkan kedudukan.

JDT berpeluang menyamakan kedudukan apabila Pengadil perlawanan menghadiahkan penalti selepas penyerang import Diogo Luis dijatuhkan dalam kotak penalti. Ianya turut diambil Diogo namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
FOTO: JOHOR Southern Tigers

Masuk babak kedua, JDT hampir menyamakan kedudukan menerusi pertahanan Mauricio yang turut naik membantu serangan, sayang sekali sepakannya tersasar ke atas.

JDT menggantikan jentera tengah dengan mengeluarkan Syafiq Ahmad dan memasukkan Aaron Niguez. Percaturan tersebut berjaya selepas JDT mengucar kacirkan pertahanan tuan rumah sehingga berlaku perebutan bola dalam kotak penalti.Tindakan itu mengundang malang apabila pertahanan tuan rumah menarik Mauricio yang betul-betul berada di hadapan pintu gol Terengganu FC sehingga jatuh. Ianya lantas membuatkan pengadil menghadiahkan penalti buat kali kedua untuk JDT.

Sepakan kali ini diambil Safawi Rasid yang memakai jersi no.10 dengan tenang menjaringkan gol pertamanya dalam kancah liga super musim ini pada minit 62 untuk mengikat 1-1.

Berselang 6 minit kemudian, Diogo Luis menebus kehampaan untuk meletakkan JDT dihadapan dengan menolak masuk bola hantaran cantik dari Cabrera pada minit 68 menjadikan kedudukan 1-2.

Berbaki 5 minit perlawanan, Terengganu FC seakan menerima tonik tenaga serangan untuk mencari gol penyamaan. Bermula dengan Lee Tuck yang cuba melepasi pertahanan dan berjaya melepaskan rembatan namun tersasar sebelah kiri.

Sepakan percuma Lee Tuck juga hampir menemui jaringan tetapi tiang menjadi halangan. Serangan terus dilakukan tuan rumah dan tindakan tersebut berhasil selepas hantaran lintang mengelirukan penjaga gol Farizal Marlias dan 2 pertahanan untuk gol penyamaan Terengganu FC.