JDT menang 4-1 terus julang Piala

Dua gol jaringan Pemain Paling Bernilai, Safawi Rasid dan masing-masing dari Diogo dan Leandro sudah mengesahkan kejuaraan CIMB Liga Super Malaysia 2020 menjadi milik JDT meskipun berbaki 1 perlawanan.

Beraksi di laman sendiri, JDT dan pelawat bermain main dengan beberapa serangan bahaya kedua-dua pasukan. JDT mendapat peluang keemasan menerusi Safawi pada minit 8 namun berjaya ditahan oleh penjaga gol.

Diogo Santo memecahkan kebuntuan gol pada minit ke 38 selepas menerima hantaran Afiq untuk mendahului 1-0.

Kredit FOTO: JOHOR Southern Tigers

Masuk babak kedua, JDT menggandakan asakan dan kesilapan dilakukan oleh Pertahanan Sabah memberi ruang buat Safawi Rasid meledak gol kedua dari jarak jauh. Tersentak dengan itu, Pelawat tampil mengatur strategik melawan dan berjaya disudahkan dengan kemas menerusi Dennis pada minit 74 untuk kedudukan 2-1.

JDT terus meledak gol kali ini gandingan mantap Ramadhan yang melorongkan bola buat Safawi untuk mencetak selaku penjaring pada minit ke 84. Bagi menutup aksi saingan di Stadium Sultan Ibrahim, Leandro Velazquez tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan percuma yang terus mencecah jaring Sabah. Keputusan tamat 4-1.

Kredit FOTO: JOHOR Southern Tigers

Kemenangan ini mengesahkan kejuaraan ketujuh buat JDT yang mengharungi 10 perlawanan dengan 8 kemenangan dan 2 seri berbaki 1 perlawanan. Dibezakan dengan 6 mata dibelakang Perak.

Acara gilang gemilang menyambut Piala Liga Super disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ghani Hassan diiringi oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Dato’ Haji Ismail Karim.

Kredit FOTO: JOHOR Southern Tigers & Malaysian Football League