JDT periksa Padang guna Teknologi Cermin Mata

Image may contain: grass and outdoor

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan ‘groundsman’ JDT membuat pemeriksaan Padang Stadium Sultan Ibrahim dengan menggunakan Teknologi Cermin Mata Terkini sebelum kembali aksi Liga Malaysia musim 2020.

Pemeriksaan kualiti padang yang menggunakan ‘Turf-Tec Stress Detection Glasses’ adalah merupakan Kaca mata yang dicipta khas untuk mengenalpasti kematangan padang dari jarak dekat atau pada jarak yang jauh.

Kawasan-kawasan rumput bermasalah dapat dikenal pasti lebih awal sebelum ia jelas kelihatan secara visual, sekaligus pemeliharaan padang dapat dilakukan dengan lebih efisien. ‘The Pioneer’.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor, text that says 'OHOR DARUL TA'ZIM tabar K JCORP'
FOTO: JOHOR Southern Tigers.
Image may contain: 1 person, stadium and outdoor
FOTO: JOHOR Southern Tigers.

Perkara itu dikongsikan oleh JDT menerusi laman sosial rasmi JOHOR Southern Tigers. Liga Malaysia akan bersambung semula pada 26 Ogos ini dan JDT akan menerima kunjung Perak di Stadium Sultan Ibrahim pada 1 September 2020.