JDT raikan kejuaraan liga berganda-ganda dengan kejutan

Kejayaan JDT merangkul kejuaraan buat kali ke-6 berturut-turut, diulangi berturut-turut; merupakan kejayaan paling besar dalam sejarah bolasepak Malaysia dan sejarah buat pasukan JDT, kelab yang baru dibangunkan sejak 2013.

Kejayaan ini ditambah lagi dengan pasukan JDT akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record kategori sukan, sebagai pasukan pertama dalam Malaysia meraik kejayaan menjulang piala liga untuk 6 musim berturut-turut bermula 2014 hingga musim 2019.

Disebalik kejayaan tersebut, JDT telah berjaya memenangi 13 piala antaranya menjadi juara Piala AFC musim 2015 selain sudah menjulang Piala FA dan Piala Malaysia. Turut dicatatkan dalam sejarah, JDT pasukan pertama dalam Malaysia yang mengekalkan rekod tanpa kalah bagi musim 2016 selain mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 75 perlawanan peringkat liga di laman sendiri bermula 2013 sehingga 2019.

Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng. FOTO JST

Tidak lupa juga, JDT mencatat sejarah pasukan pertama beraksi di pentas tertinggi Asia, iaitu AFC Champions League pada musim 2019. Disusuli dengan Safawi Rasid pemain tempatan pertama menjaringkan gol, Syafiq Ahmad pemain tempatan pertama menjaringkan gol di laman sendiri selain mencatatkan kemenangan pertama menewaskan Juara Bertahan, Kashima Antlers dan seri pertama ke atas Gyeongnam FC di Stadium Larin.

Pastinya kejayaan ini akan diraikan bersama antara kelab dengan para penyokong dan pastinya juga keraikan ini berganda-ganda disebalik kejutan yang akan ditunjukkan dan seperti sudah menjadi trend sambutan tahunan.

Syabas dan Tahniah JDT atas kejayaan ini, dan teruskan usaha untu