Syazwan Andik kembali menjadi milik JDT

Laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers menerusi entry terbaharu telah mengesahkan berjaya mengikat pemain muda kebangsaan, Syazwan Andik.

Dengan paparan video, Selamat Datang kepada Syazwan Andik, ianya jelas menjawab spekulasi perpindahan terkini pemain itu untuk musim 2019. Syazwan yang menamatkan kontrak dengan pasukan bolasepak KL disebabkan bekas majikannya gagal melunaskan gaji 2 bulan.

Mengikut kontrak yang ditandatangani Syazwan, apabila pihak pengurusan gagal atau lewat membayar gaji lewat lebih dari 1 bulan, pemain berhak untuk menamatkan kontrak tanpa perlu membayar apa-apa pampasan kepada pasukan.

Khabar angin awal memberitahu Syazwan kemungkinan akan menyertai Selangor tetapi Ketua Jurulatihnya mengesahkan pemain itu akan ke Johor. Dalam perkembangan lain, Melaka United juga berminat untuk mendapatkan pemain yang berasal dari Johor itu.