JDT sah juarai Liga Super untuk 5 musim berturut-turut

IPOH: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan gelaran juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi apabila mengatasi tuan rumah, Perak 2-1.

Safawi Rasid menjadi wira JDT apabila meledak jaringan kemenangan pada minit ke-83 seterusnya memberikan kemenangan buat skuad dari selatan tanah air itu.

Perak yang sebelum ini mahu ‘menangguhkan sedikit’ pesta keraian JDT sekurang-kurangnya bukan menang di Perak gagal memanfaatkan jaringan awal Mohd Nor Hakim Hassan yang membuka jaringan pada minit ke-72.

Walaupun ketinggalan, Harimau Selatan terus mengasak dan hanya tiga minit selepas itu Hariss Harun menyamakan kedudukan.

Walaupun cuba untuk mendapatkan gol penyamaan, ia masih belum cukup buat anak buah Mehmet Durakovic, malah mereka juga mensia-siakan peluang untuk terus berada selesa di kedudukan kedua liga di belakang JDT.

“Kami melakukan yang terbaik hari, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk datang dan bermain di sini. Kami berjaya melakukannya walaupun ketinggalan dengan gol awal mereka.

“Ini adalah gelaran kali kelima kami dan kami akan meraikannya,” kata Hariss.

Nada gembira turut dihamburkan pengendali JDT, Raul Longhi yang nyata lega apabila pemainnya berjaya bangkit untuk menukar keputusan malam ini.

“Pemain percaya dengan apa yang kami cuba lakukan, kami cuba menang walaupun ketinggalan. Pemain bertarung hingga 95 minit permainan sebagai satu pasukan.

“Kadangkala sesuatu perlawanan itu amat sukar. Pada babak pertama kami bermain baik tetapi tidak menjaringkan gol.

“Begitupun kami berjaya melakukannya dan kami mahu menang untuk bos, Tunku Mahkota Johor, saya tahu dia pasti gembira,” katanya.

3 thoughts on “JDT sah juarai Liga Super untuk 5 musim berturut-turut

  1. Needed to send you this very small word to finally thank you so much yet again relating to the striking thoughts you have shared on this site. This is so tremendously open-handed with you to provide unreservedly what most people would have sold for an electronic book to help with making some profit on their own, primarily since you might well have tried it in the event you considered necessary. The good ideas additionally acted as the easy way to be certain that most people have a similar dream just like mine to find out a lot more in respect of this condition. I’m certain there are lots of more enjoyable moments ahead for individuals that examine your blog.

  2. I’m commenting to let you be aware of of the amazing discovery my child developed browsing the blog. She came to find a good number of details, including how it is like to have a great coaching character to get a number of people clearly completely grasp a number of advanced issues. You actually did more than her desires. I appreciate you for churning out such beneficial, dependable, edifying and cool guidance on that topic to Emily.

Leave a Reply

Your email address will not be published.