JDT tak bagi Perak FC kutip 3 mata

May be an image of 1 person and outdoors

Aksi ke-5 Liga Super Malaysia menyaksi Perak FC hampir menghukum JDT sebelum bangkit menyamakan kedudukan untuk ikat 2-2 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Walaupun dilihat hampir tewas, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim berjaya bangkit daripada ketinggalan dan tak mahu bagi Perak FC mengutip 3 mata.

Guilherme De Paula terlebih dahulu meletakkan gol pendahuluan pada minit ke-33 untuk Perak FC pada separuh masa pertama dan menggandakan jaringan pada babak kedua pada minit ke-59.

Kedua-dua gol tersebut adalah hasil sepakan percuma pantas diambil sebelum menyudahkan dengan sempurna oleh De Paula. Ianya akibat kelekaan pemain JDT yang belum bersedia hasil dari sepakan tersebut.

Image
Sumareh yang masuk pada separuh masa kedua terpaksa dikeluarkan semula akibat kecederaan. FOTO JOHOR Southern Tigers

Namun, JDT berjaya merapatkan jurang menerusi pemain gantian Akhyar Rashid pada minit ke-75. Akhyar yang masuk menggantikan Sumareh pada minit ke 69. Sumareh yang juga masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua terpaksa dikeluarkan semula akibat kecederaan.

Ketika hampir pasti tewas, JDT dihadiahkan dengan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Rafiuddin Roddin dalam kotak penalti pada masa kecederaan. Sepakan penalti kali ini disudahkan dengan baik oleh Leandro Velazquez menjadikan kedudukan 2-2 sehingga wisel penamat.

JDT bagaimanapun kekal sebagai pendahulu liga dengan 11 mata, manakala Perak mengumpul 5 mata. Terengganu pula tewas mengejut kepada pasukan tercorot, Sabah 2-1 dalam saingan Liga Super.

Image

FOTO JOHOR Southern Tigers