JDT terus kekal di persada, tinggalkan Pahang

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Pahang 2-0 malam tadi. Pertembungan ini secara tidak langsung menentukan jurang dan penguasan kedua-dua kedudukan teratas liga.

JDT yang turun dengan barisan terkuat untuk terus mencipta kejutan dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Larkin dalam saingan Liga Super sejak 2014. Pahang juga terus buru mata untuk mengekori rapat namun tidak kesampaian apabila kecundang di tangan JDT.

Di babak pertama pasukan JDT terlepas peluang untuk membuka tirai jaringan dengan percubaan menarik menerusi Safawi Rashid melalui sepakan lintang yang terus ke dakapan Penjaga gol lawan.

Cabrera juga punyai peluang keemasan selepas menerima hantaran Safawi, namun juga rembatannya disekat pertahanan lawan. Safawi sekali lagi punyai peluang juga yang menerima umpanan cantik dari Diogo, namun gagal disudahkan dengan baik.

Image may contain: 3 people, people playing sports and text
Foto JOHOR Southern Tigers

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat pula mula mengasak kubu tuan rumah namun berjaya diselamatkan penjaga gol JDT. Peluang terbaik pelawat menerusi Ze Love yang berjaya ditampan Aidil Zafuan sebelum ditolak keluar Farizal.

JDT kemudian memperoleh gol pertama pada minit ke-69 menerusi serangan balas yang dimulakan dan disudahkan Hariss Harun bersama pemain gantian Akhyar Abdul Rashid. Serangan ‘counter attack’ yang sangat berkesan melalui Hariss sendiri berjaya mengatur langkah kepada Akhyar sebelum dikembalikan kepadanya untuk ledak gol.

Safawi mempunyai dua peluang berharga pada babak kedua, kedua-dua hasil lorongan baik dari Diogo namun juga gagal menemui jaring lawan. Memasuki minit-minit terakhir, Ahkyar memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas meledak jaringan kedua JDT pada minit 93.

Kemenangan ini menyaksikan JDT mengumpul 33 mata dengan memiliki perbezaan lapan mata dengan pencabar terdekat, Pahang.

Image may contain: 26 people, people smiling, indoor
Foto JOHOR Southern Tigers