JDT terus kekalkan kedudukan persada liga

Aksi kesembilan liga menyaksikan JDT tidak berdepan masalah untuk mengutip 3 mata meskipun terpaksa mengharungi jadual yang padat sepanjang April ini. JDT yang turun ke Petaling Jaya nampaknya tidak semudah yang disangka selepas menundukkan PJ City 1-0.

Dengan keadaan cuaca dan struktur padang, JDT dilihat memperlahankan rentak permainan dan bermain dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang kecederaan. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Syafiq Ahmad selepas menerima umpanan cantik Safawi Rasid pada minit 26.

Syafiq yang disenaraikan kesebelasan utama menggantikan Leandro Velazquez berjaya mengemudi bahagian tengah dengan bantuan Diogo Santo di tengah hadapan disamping pemain sayap Cabrera dan Safawi.

Safawi Rasid diasak pemain lawan. JDT menang 1-0 tewaskan PJ CIty. Foto JOHOR Southern Tigers

Beberapa peluang juga turut terhidang menerusi hantaran kemas Kunanlan namun gagak ditanduk kemas Diogo. Akhyar Rasid yang masuk menggantikan Syafiq juga mempunyai peluang, namun rembatannya terkena benteng pertahanan.

JDT terus kekalkan kedudukan persada liga dengan turut dicabar Pahang di tempat kedua. Pahang yang berjaya menewaskan PKNS FC semalam dengan jaringan 2-1 sentiasa mengekori rapat. Mana-mana pasukan yang gagal menunjukkan aksi konsistensi pasti akan terus keciciran mata.

JDT akan menerima kunjungan PKNS FC di Stadium Larkin pada sabtu. Bagaimanapun mereka akan bertemu awal terlebih dahulu untuk aksi Shopee Piala Malaysia 2019 pada Rabu ini.