JDT tiada kaitan pun

Pengarah Teknikal, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards mengesahkan pihaknya tiada kaitan pun dengan keputusan Mahlis Timbangtara mengenai kes yang melibatkan Pemain JDT, Akhyar Rashid.

Namun dalam kenyataan itu, beliau menjelaskan kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikannya berkenaan pampasan dalam penamatan kontrak.

“Berkenaan berita baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Timbangtara tentang kes yang melibatkan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Akhyar Rashid, JDT ingin menjelaskan bahawa kelab ini tidak terbabit dalam keputusan tersebut.”

“Kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikan beliau berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terlibat pada ketika itu.” Katanya di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Menurutnya, para peminat bolasepak masih tidak memahami kes ini dan mengatakan yang bukan-bukan tentang keputusan itu. Bagaimanapun, pihaknya telah berhubung dengan para peguam dan memaklumkan kelab bukan sebahagian dari kes ini dan tidak terjejas dari sebarang tuntutan.

Heboh di laman sosial mengenai keputusan kes Perpindahan Akhyar Rashid ke JDT memihak KFA dari Pusat Timbangtara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur.

Asian International Arbitration Center (AIAC), sebagai merujuk kepada Majlis Timbangtara menurut Akta Timbangtara 1952 oleh Timbangtara yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang bersengketa. Namun ia bukan keputusan dari Mahkamah Timbang Tara Sukan atau Court of Arbitration for Sport (CAS) yang berpusat di Lausanne (Switzerland).

Bagaimanapun, perkara itu hanya diumumkan sendiri oleh Setiauasaha Agongnya bukan dari laman rasmi atau kenyataan rasmi. Dalam kenyataan itu juga tidak dinyatakan dengan jelas mengenainya.

Ada juga perkongsian dari laman penyokong dari utara menyatakan JDT bakal dikenakan hukuman pergantungan dan tidak dapat beraksi di pentas AFC Champions League dan liga domestik.

Namun ada juga yang menyatakan menurut undang-undang dan peraturan FIFA, pergantungan sesebuah pasukan hanya boleh dibuat selepas merujuk kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).