JDT tidak berdepan masalah tewaskan Selangor

Pemburuan kejuaraan keenam berturut buat Johor Darul Ta’zim tidak berdepan masalah apabila mudah menundukkan Selangor 3-2 di Laman sendiri semalam.

JDT terlebih dahulu mendahului 2 gol seawal minit ke 9 dan 2 minit berselang menerusi Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez meskipun pada babak awal dikejutkan dengan percubaan Endrick Dos Santos yang terkena tiang.

JDT terus memburu jaringan bagaimanapun berjaya ditangkis pertahanan lawan.

Selangor merapatkan jurang jaringan menerusi sepakan percuma oleh Khyril Muhymeen pada minit 41 yang terus menerjah jaring. Ia juga merupakan gol pertama peribadinya bersama pasukan Merah Kuning.

Masuk babak kedua, JDT hampir menambah jaringan seawal minit menerusi tandukan Mauricio namun mengenai tiang gol.

Meskipun diasak bertubi-tubi ke kubu JDT, pemain2 JDT tampak bijak mengawal keadaan dengan melakukan counter attack pantas ke kubu lawan. Hasil gerakan Nazmi yang melorongkan bola kepada Safawi berjaya meletakkan JDT kedudukan 3-1.

Perancangan lawan terencat apabila seorang pemainnya dilayangkan kad Merah selepas tindakkannya menyepak bola mengenai pengadil. Dengan bermain 10 orang, Selangor dilihat lebih berhati-hati selain mengatur serangan melalui counter attack.

JDT juga berpeluang menambah jaringan menerusi Diogo Santo namun ditangkis penjaga gol selain peluang gagal disempurnakan dengan kemas.

Memasuki minit-minit akhir perlawanan dengan serangan counter attack pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila Ifedayo dijatuhkan Aidil Zafuan dalam kotak penalti bagi membolehkan pengadil meniupkan wisel.

Sandro tidak berdepan masalah untuk merapatkan jurang sebelum masa tambahan 3 minit tamat dengan keputusan semasa 3-2.

JDT terus menghuni liga dengan 43 mata didepan Pahang 30 mata dan hanya memerlukan 2 kemenangan untuk mengesahkan juara liga. Syabas dan tahniah buat semua team dan pengurusan.