JDT tidak mahu dibuai mimpi

Bagi mengecapi kejuaraan ke-6 berturut-turut, JDT tidak mahu dibuai mimpi malah terus konsisten untuk terus mengemudi kedudukan teratas selepas mengetepikan cabaran PKNS 2-1 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

JDT yang semakin jauh meninggalkan pesaing terdekat Pahang dengan 11 mata, tidak boleh leka sebaliknya fokus dalam setiap pertemuan sehingga perlawanan terakhir.

Dalam perlawanan kelmarin, Safawi membuktikan keupayaan beliau untuk meledak gol pada minit 17 selepas beberapa kali mencuba dan Diogo Santo menjadikan kemenangan milik JDT apabila menanduk masuk gol kedua JDT minit ke 60.

PKNS yang menewaskan JDT pada saingan Piala FA tetap mencuba dan berusaha hasilnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit 30 menerusi Romel Morales.

Pahang akan bertemu Perak pada 19 Mei yang pasti akan berusaha terus mengekori rapat disusuli pencabar Kedah dan Selangor.

Berakhir perlawanan ini, JDT akan terbang ke Korea bagi menghadapi perlawanan terakhir peringkat kumpulan E, Kejohanan Liga Juara-Juara AFC menentang Gyeongnam FC pada 22 Mei ini.