JDT TMJ menang 9-5 atasi JDT Rest of The World

Skuad pilihan JDT TMJ memenangi perlawanan dengan kedudukan 9-5 mengatasi JDT Rest of The World pada perlawanan amal JDT All-Stars Friendly Match malam tadi.

JDT TMJ yang dibarisi oleh DYAM Tunku Ismail sebagai ketua pasukan bersama-sama Robert Pires, David Trezeguet, Marco Materazzi dan Florent Malouda. Turut bersama dalam barisan skuad, pengurus pasukan, Luciano Figueroa dan Ketua Jurulatih JDTII, Ervin Boban.

Bagi pilihan JDT Rest of The World pula diketuai oleh Martin Prest bersama-sama Benjamin Mora dengan dibintangi Rivaldo, Edgar Davids, Bebeto, Luis Saha dengan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edward.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Foto JOHOR Southern Tigers
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang bermain sukan dan luaran
Foto JOHOR Southern Tigers
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, bermain sukan dan teks
Foto JOHOR Southern Tigers

Perlawanan amal ini juga menjemput bekas-bekas pemain JDT antara Amri Yahyah, Safiq Rahim, Safee Sali dan Junior Eldstar bagi memeriahkan lagi dan mengenang jasa sumbangan mereka ketika bersama kelab.

Dalam perlawanan tersebut, DYAM TMJ berjaya menghadiahkan satu gol cantik menewaskan Penjaga gol, Izham Tarmizi.

Full Time

JDT TMJ [9-5] JDT REST OF THE WORLD
(David Trezeguet 3′, 50′ / Florent Malouda 5′, 12′, 67′ / Robert Pires 13′, 44′ / HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim 24′ / Diogo Luís Santo 89′)
(Louis Saha 21′(pen) / Rivaldo 43′, 46′ / Edgar Davids 58′ / Claudio Caniggia 60′)