Jersi baharu JDT musim 2021 yang menawan

JDT

Hari ini, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan rasminya telah melancarkan jersi baharu bagi musim 2021 menerusi hantaran video di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

JDT terus mengekalkan warna Biru Merah bagi jersi Home dan Putih bagi jersi Away dengan jenama Nike kekal sebagai kit rasmi. Berkonsepkan berlian dengan jaringan menghiasi gelap pada jersi, kombinasi warna yang diperagakan jelas memberi kelainan pada kedua-dua jersi.

JDT
Jersi Away

Sepertimana yang dijangka, nama UNICEF atau Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terpapar di bahagian dada jersi dan Forest City Country Garden Pacific View kekal diletakkan dibahagian belakang.

JDT memeterai perjanjian dan usahasama dengan UNICEF pada Disember tahun lalu. UNICEF merupakan sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Kereta bernombor plate 007

Setiap tahun, JDT pasti menampilkan video pengenalan jersi yang cukup eksklusif dan tumpuan ramai. Berdurasi 3.07 minit, musim 2021 memberi sedikit kelainan tetapi jelas memberi gambaran paparan disebalik berlian yang punyai maksud tersendiri.

Bagi jualan jersi JDT musim 2021, jersi Home adalah jenis fans issue manakala jersi Away adalah player issue. Harga bagi jersi Home adalah RM185 manakala jersi Player Issue Away RM429. Walaubagaimanapun, bagi jersi Away, Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan membayar separuh dari harga dan harga yang boleh dibeli bagi jersi tersebut adalah harga yang sama RM185.

Para peminat dan penyokong boleh mula mendapatkan jersi berkenaan mulai jam 11.00 pagi 25 Februari 2021 menerusi laman rasmi JDT di shop.johorsoutherntigers.com.my dan laman rasmi Nike.com