Jersi JDT 2020 tampil lebih unik

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim semalam telah pun memperkenalkan jersi bagi musim 2020 dengan terus mengekalkan pengeluar berjenama antarabangsa iaitu NIKE.

Lebih uniknya, Jersi JDT kali ini memperlihatkan rekabentuk ‘home’ dan ‘away’ tanpa kelibat ‘penaja’ dibahagian hadapan sepertimana kebiasaan. Masih memperagakan warna merah biru sebagai warna tradisi JDT bagi aksi tuan rumah dan warna putih sebagai jersi di tempat lawan.

Jersi JDT 2020 tidak seperti tahun sebelumnya yang berbeza untuk player issue dengan fans issue. Bagaimanapun harga masih kadar yang hampir sama iaitu berharga RM185.

Image
Image

Dalam perkembangan lain, JDT menerusi laman sosial rasmi JOHOR Southern Tiigers memperjelaskan bahawa warna merah biru di jersi ‘home’ melambangkan negeri Johor dan ‘away’ adalah sebagai simbolik kepada Stadium Sultan Ibrahim disertai warna gold sebagai tanda kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi pasukan JDT.

Turut menjelaskan ketiadaan logo penaja di bahagian hadapan jersi adalah sebagai sinonim dengan Misi RM1Billion dalam menggambarkan bahawa kelab mampu untuk berdiri sendiri melalui ‘commercial value’ JDT. Adanya penaja merupakan satu bonus.

YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor berangkat mencemar dulu untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran jersi JDT 2020 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Turut hadir YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal dan YB. Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Azmi Rohani. Hadir sama YB. Presiden PBNJ, Dato’ Haji Ismail Karim; dan YB. Mohd Khuzzan Abu Bakar, EXCO Belia & Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.

Upacara majlis pelancaran juga diadakan serentak di semua daerah di Johor.