Jordan sekat cabaran Harimau Malaya

Ternyata skuad bimbingan Tan Cheng Hoe masih belum mampu menggugat pasukan di rangking ke-99 dunia, Jordan selepas kekalahan tipis 0-1 pada aksi persahabatan antarabangsa malam tadi.

Gawang Malaysia bocor seawal minit ke7 menerusi kapten pasukan pelawat selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid.

Bagaimanapun, Harimau Malaya berjaya menghasil beberapa peluang antaranya, sepakan percuma Safawi Rasid yang sedikit tersasar. Mat Yo juga terlepas peluang menjaringkan gol selepas rembatannya juga sedikit melewati palang.

Kesebelasan Utama skuad Harimau Malaya ketika aksi persahabatan dengan Jordan. Foto Aremilworks

Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad masing-masing berpeluang menjaringkan gol namun ketangkasan penjaga gol pelawat beraksi baik menafikan semua percubaan tuan rumah.

Keputusan penuh Malaysia 0-1 Jordan. Malaysia akan terbang ke Jakarta bagi menghadapi saingan kelayakkan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 5 September ini.