EPL: Jose Mourinho dipecat selepas tewas Liverpool

Manchester United telah mengesahkan Jose Mourinho telah dipecat selepas tewas kepada Liverpool sekaligus menamatkan perjalanan pengendali dari Portugal itu di Old Trafford sejak 2016.

Musim ini Manchester United yang menjadi juara Inggeris 20 kali itu memulakan kempen dengan aksi yang teruk di belakang pendahulu dengan 19 mata iaitu Liverpool.

United hanya mencatatkan satu kemenangan dari enam perlawanan terakhir termasuk keputusan seri ketika menentang pasukan yang berada kelompok bawahan liga seperti Southampton dan Crystal Palace.

Image result for mourinho

“Manchester United mengumumkan bahawa Jose Mourinho telah meninggalkan kelab ini serta merta. Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih untuk sumbangan beliau kepada Manchester United dan ingin mengucapkan selamat maju jaya.

“Pihak kelab juga akan melantik seorang pengurus secara sementara sehingga ke penghujung musim ini, sementara perlantikan dan pemilihan pengurus baharu akan dilakukan.” – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Manchester United

Antara sumbangan Mourinho bersama Manchester United adalah dengan membantu Manchester United menjurai kejuaraan UEFA Europa League dan juga Piala Liga pada musim 2016/17 selain berjaya menamatkan saingan di tangga kedua dan turut layak ke perlawanan akhir Piala FA Musim lalu.

Sejak menggantikan Louis van Gaal, Manchester United telah membelanjakan £364.3 juta untuk lapan pemain.