Kecederaan Syafiq dinilai Doktor Manchester City?

Penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad yang kini sedang bersama skuad kebangsaan telah mengalami kecederaan dalam perlawanan antarabangsa Jumaat lepas, dihantar pulang ke Kem JDT bagi mendapatkan rawatan.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers dalam satu entry terbaharu. Menurutnya Syafiq Ahmad kini mendapat penilaian konsultan perubatan Manchester City dan JDT, Juan Manuel Boffa di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru pada hari ini.

Doktor Manchester City yang kini sedang dalam rangka lawatan ke kem JDT atas kolaborasi bersama antara kelab Juara EPL dengan JDT dalam bidang perubatan sukan termasuk segala aspek melibatkan perubatan.