Kedudukan akhir Liga Super 2020 selepas 11 perlawanan

CIMB Liga Super Malaysia musim 2020 menyaksikan Malaysian Football League (MFL) menetapkan hanya 1 peringkat sahaja iaitu 11 sahaja perlawanan yang dilangsungkan. Sebelum berehat pada pertengahan Mac 2020 berikutan pengumuman kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Liga Malaysia sempat beraksi hanya 4 perlawanan.

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan liga dengan muncul juara liga buat kali ketujuh berturut-turut. Memungut 29 mata dengan 9 kemenangan dan 2 seri membuatkan JDT terus mencipta sejarah dengan rekod tanpa kalah untuk musim 2020.

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Kedah menepati ramalan untuk muncul Naib Juara selepas menundukkan Perak pada perlawanan terakhir sekaligus mengesahkan slot ke Piala AFC musim 2021. Terengganu FC berjaya memintas Perak untuk merebut tempat ketiga selepas menewaskan Pahang.

Berikut adalah rekod-rekod yang terhasil untuk musim 2020 berdasarkan kedudukan liga:-
Mata tertinggi: 29 mata (JDT)
Mata terendah: -1 mata (PDRM)
Jaringan paling banyak: 33 jaringan (JDT)
Jaringan paling sedikit: 5 jaringan (PDRM)
Bolos paling banyak: 29 gol (PDRM)
Bolos paling sedikit: 8 gol (JDT)
Kemenangan tertinggi: 9 kemenangan (JDT)
Kemenangan terendah: Tanpa kemenangan (PDRM)
Seri terbanyak: 5 kali (Selangor & PJ City)
Seri sedikit: 1 kali (Kedah)
Kalah paling banyak: 9 kalah (PDRM)
Kalah paling sedikit: Tanpa kalah (JDT)
Beza jaringan tertinggi: 25 gol (JDT)
Beza jaringan terendah: -24 gol (PDRM)
Kemenangan berturut-turut: 4 kali (JDT)
Seri berturut-turut: 3 kali (PJ City)
Kalah berturut-turut: 5 kali (PDRM)