Kegemilangan JDT berterusan

May be an image of 3 people and people standing

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta kegemilangan selepas meraih trofi pertama musim ini apabila menjulang Piala Sumbangsih 2021 dengan menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi sekaligus melengkapkan 17 piala sejak 2013.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, JDT terus mengasak kubu lawan terus menerus ke gawang KDAFC. Beberapa gerakan menarik oleh Leandro dan Cabrera yang mana dua2 sepakan tersebut mengenai Palang.

KDAFC juga hampir membuka jaringan awal namun rembatan Kipre Tchetche hanya singgah palang yang jelas Farizal telah tertewas.

Minit 35, sepakan penjuru oleh Cabrera berjaya ditanduk keluar pertahanan sebelum Afiq melorongkan buat Safawi menyudahkan gol pertama JDT. Jaringan tersebut juga pasti lebih gembira buatnya yang menyambut hari jadi pada 5 Mac.

Beberapa minit sebelum tamat separuh masa, Baddrol hampir juga meletakkan gol kegawang JDT namun sedikit melewati palang.

Masuk babak kedua, KDAFC terpaksa mengeluarkan beberapa tonggak termasuk penjaga golnya, Ifwat Akmal yang mengalami kecederaan.

Pada minit ke 68, gawang gol KDA bolos buat kali kedua apabila rembatan deras Natxo Insa dari luar kotak penalti menghasilkan gol untuk JDT selepas bola tersebut terkena kaki Amirul yang gagal ditepis oleh Shahril Saari.

Tersentak dengan jaringan itu, KDA cuba bangkit mengatur gerakan berbahaya ke kubu JDT namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Aidil Zafuan.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT juga merupakan pasukan pertama yang memperolehi 3 mata penuh dalam saingan Liga Super musim ini.

May be an image of 3 people and people standing

Foto: JOHOR Southern Tigers