‘kekerasan’ Felda United gagal sekat JDT

JDT melepaskan geram dengan meledak 3 gol dalam 10 minit terakhir perlawanan dengan ‘kekerasan’ Felda United mempertahankan gawang sepanjang perlawanan.

Dengan ‘kekerasan’ menjaga kubu pintu gol meskipun serangan bertali arus JDT melalui semua sudut berjaya dipatahkan pertahanan dan kecekapan penjaga gol, Norazlan Razali.

JDT peroleh banyak peluang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Safawi Rasid, rembatan Azrif Nasrulhaq dan Diogo Santo termasuk Gonzalo Cabrera namun kecekapan penjaga gol pelawat dan ‘parking bus’ pertahanan menggagalkan misi JDT.

Namun ‘kekerasan’ Felda United bersekali dengan beberapa foul sehingga menyebabkan pengadil menghadiahkan kad kuning kepada beberapa pemain pelawat.

Kehadiran kad kuning nyata tidak berakhir begitu apabila seorang pemain Felda United dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang.

Berbaki 5 minit, Thiago pula dilayangkan kad kuning kedua (ada yang cakap direct red card) kerana melengah-lengahkan permain dan ambil masa lama untuk sepakan gol. Thiago seolah-olah tidak mahu keluar sebagai tanda protes dengan keputusan pengadil dengan ‘duduk’ dalam padang sebanyak 2 kali sebelum ditenangkan rakan sepasukan.

JDT akhirnya memecah kebuntuan dengan ledakan Gonzalo Cabrera untuk menolak masuk gol untuk mendahului 1-0 pada minit 88. Kapten Felda United, Hadin Azman tampak marah dengan pengadil selepas gol berkenaan.

Kemarahan Hadin tidak mampu dikawal apabila dikatakan telah memaki hamun pengadil sehingga menyebabkan beliau dilayangkan kad merah ke3.

Meskipun bermain 8 orang, Felda United berjaya juga menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Jocenei yang terbias benteng JDT terus menerjah jaring untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 90.

Nmaun Felda United tidak mampu menahan serangan balas JDT di masa kecederaan apabila Akhyar Rashid kembali meletakkan JDT dihadapan menerusi rembatan cantik sebelum Diogo Santo melepaskan rembatan untuk gol ketiga sebelum wisel penamat.

‘Kekerasan’ pertahanan Felda United dengan maksud kekebalan dan kekentalan dalam menjaga kubu harus dipuji dengan taktikal ‘parking bus’ yang semestinya menjadi ramuan mana-mana pasukan dalam Malaysia apabila bertemu JDT.

JDT juga perlu lebih lagi berusaha gigih dengan lebih kreatif dalam taktikal apabila berhadapan dengan pasukan-pasukan yang mengamalkan ‘parking bus’ dalam mana-mana aksi di liga Malaysia.

Kemenangan JDT malam tadi meletakkan JDT kembali ke persada buat seketika. JDT akan berlepas ke China untuk menghadapi saingan AFC Champions League menentang Shandong Luneng pada 9 April ini.

Featured photo: JOHOR Southern Tigers