Kemeriahan di hadapan 35,000 penonton

Image

Seramai 35,000 penyokong bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memenuhi segenap ruang bagi melihat sendiri acara perasmian laman baharu mereka, Stadium Sultan Ibrahim yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, semalam.

Majlis itu turut diserikan dengan pertunjukan dua ekor harimau yang dipaparkan secara ‘Virtual Reality’ serta menampilkan kemampuan lampu sorot LED moden dan lampu bangunan pelbagai warna dan ritma yang membuatkan para penonton terpesona.

Selain itu artis antarabangsa, Leona Lewis turut diundang untuk memeriahkan lagi acara perasmian tersebut selain kelibat dua artis tempatan, Ayai Illusi dan Akim yang menyampaikan beberapa buah lagu.

Image

Dengan perasmian ini, JDT secara rasminya akan menggunakan ‘home’ terbaharu mereka untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2020 dan aksi pertama yang akan mengambil tempat di Stadium Sultan Ibrahim adalah menentang Kedah bagi perlawanan CIMB Piala Sumbangsih pada jumaat depan.

Untuk makluman, stadium bola sepak serba moden ini merupakan stadium pertama dan satu-satunya yang menggunakan rumput jenis zeon zoysia di Malaysia setakat ini.

Pembinaan stadium ini bermula pada tahun 2016 dan ia turut dilengkapi dengan lapan buah bilik korporat, surau, ruangan parkir bawah tanah dan pelbagai lagi kemudahan-kemudahan yang lain. – FOX

Image

Foto: JOHOR Southern Tigers