KJ dijemput menyaksikan Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Image may contain: 6 people, people standing and suit

Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB. Khairy Jamaluddin dilihat turut hadir ketika Majlis perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada malam sabtu yang lalu. Dapat dilihat melalui perkongsian gambar bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Gambaran itu jelas menunjukkan hubungan yang baik diantara dua individu yang pernah membawa nama bolasepak di peringkat nasional. Khairy sebelum pernah menjawat jawatan FAM sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Khairy juga antara individu yang membangunkan sebuah pasukan tempatan yang pernah menjadi bualan rakyat Malaysia iaitu MyTeam. Pasukan tersebut juga tersenarai dalam liga Malaysia dengan nama UPB-MyTeam.

Image may contain: 2 people, people standing and suit
DYAM Tunku Ismail bersama YB. Khairy Jamaluddin. FOTO JST

Walaubagaimanapun, rata-rata peminat bolasepak tanahair bertanya dimanakah YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia? Dapat dilihat, Presiden FAM dan barisan EXCOnya, Pengurusan MFL, beberapa orang Presiden bolasepak Negeri dan jemputan-jemputan rasmi JDT.

Apakah YB. Menteri tidak menerima jemputan? Secara dasarnya, para peminat bolasepak khususnya penyokong JDT meletakkan YB. Menteri Belia & Sukan kini bukanlah individu yang layak menerajui kementerian sukan dengan tiada semangat dalam memajukan sukan apatah lagi meletakkan sukan sebagai keutamaan.

Image may contain: 7 people, people standing and suit

Sebaliknya dilihat lebih banyak kepada perkara-perkara politik dan isu-isu kepartian. Namun kita perlu jadikan sukan bolasepak ini bebas politik. dan sukan adalah perpaduan.

FOTO: JOHOR Southern Tigers