Lagenda dunia mula labuhkan diri di bumi Johor

Beberapa tonggak lagenda bolasepak dunia sudah mula labuhkan diri di bumi Johor bagi perlawanan amal JDT All-Stars Friendly Match yang akan diadakan pada 30 Jun ini.

Antara nama besar dalam dunia bolasepak yang hadir adalah Rivaldo, Bebeto, Marco Materazzi , Robert Pires, Rivaldo, David Trezeguet, Edgar Davids, Claude Makelele dan ramai lagi.

Perlawanan amal adalah cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor yang mempunyai hubungan rapat dengan barisan pemain lagenda ini. Kutipan tiket akan disumbangkan kepada badan kanser dan organisasi antaranya Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Robert Pires
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, teks
Claudio Caniggia dari Argentina
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri
Rivaldo

Kepada semua penyokong, ayuh kita berikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk sama-sama hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan amal antara pasukan Pilihan JDT TMJ menentang Pilihan JDT Rest Of The World.

Tiket berbumbung pada harga Rm50, manakala pintu A & B dengan harga Rm20 dan Pintu C pada harga Rm30. Setiap pemegang tiket juga berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa Motosikal, Telefon bimbit dan tiket pas bermusim untuk tahun 2020.