Leandro Velázquez ganti Aáron Nìguez

Penjaring kemenangan JDT ketika beraksi di pentas Final Piala AFC 2015, Leandro Velázquez diumumkan sebagai pemain baharu JDT menggantikan pemain import Aáron Niguez semalam.

Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT mengumumkan menerusi laman sosial JOHOR Southern Tigers menjelaskan pihaknya telah menandatangani Leandro sebelum tarikh tutup pendaftaran kelmarin.

Leandro yang pernah bersama JDTII sebelum ini ketika bersama Jurulatih Benjamin Mora antara tonggak penting skuad muda sebelum ke JDT menggantikan Pereyra Diaz bagi menghabiskan perjuangan di pentas AFC.

Leandro juga merupakan pemain yang menjaringkan gol kemenangan JDT di pentas Final Piala AFC 2015 sekaligus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Asia Tenggara memenangi kejohanan itu.

TMJ Akui kesilapan

Dalam entry sebelum ini, kami ada memuatnaik story mengenai kekecewaaan TMJ yang turut menyatakan kesilapan besar kerana melepaskan pemain tersebut pergi. Menurutnya Baginda, Leandro merupakan top player dan top attitude.